Tuesday, November 4, 2008

.:: Sedangkan lidah lagi tergigit.... ::.

Ngeh2 ... buat yg Not Available :p

Sejenak ke alam rumahtangga. Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu, menyaji kasih, menghidang sayang. Adakalanya mereka seperti anak, ingin dibelai minta dimanjakan. Adakalanya mereka seperti seperti nenek, berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka…

(i) Psst….

Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta villa yg tersergam indah
Atau mahligai dilereng bukit
Sedangkan kita bukanlah Shah Jehan
Yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
Yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya “ Seabadi permata segemerlapan intan”
Sedangkan di tangan kita
Cuma cincin tembaga.

Aduh…..
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayanm atau menimbang setia
Manerusi bursa saham papan utama
Kasih isteri, turun naik
Mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya dia dihargai dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir…………..
Permata yang dipilih perlu digilap semula.

Namun,
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia dengan redha
Justeru isteri,
Pada hakikatnya adalah baying-bayang suami
Wanita tulang rusuk yang bengkok,
Luruskan dengan berhati-hati
Bertegas tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama-sama
Bisikkanlah “ Duhai isteriku……
Marilah kita bina perkahwinan ini
Dengan cinta yang sejati
Marilah kita kutip rezeki
Dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala- galanya
Padamu isteri, istanamu, dihati ini
Padamu sayang, kalung cintamu dijiwa ini.”


(ii) Puuh…

Akan tiba masanya bila ‘isteri’ dihati
Tapi kurang dimata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini
beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
Jika berkurang nyatalah cinta kita
Selama ini, cinta di mata bertapak dibody
Tapi jika cinta tetap kekal malah
semakin bertambah
Ertinya cinta kita dihati, berpasak dibudi.
Itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi
Kita merampingkan ‘body’
Kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam,
amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Allah
bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha penyayang
Dia pasti memburu isteri yang
memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan,
kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah merampingkan badan
Yang terlebih dikurangkan
Jangan sekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri
dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kekal ke hujung
usia
Didunia ini dan diakhirat nanti
Itulah yang dikatakan hidup berdua
‘selepas’ mati pun bersama


(iii) Uhhh…

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka
Dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku dihatimu ?
Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pintu rumah

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak kezaliman dan
penganiayaan
Yang telah kita lakukan.
Lalu datang teguran, amaran dan
peringatan
Secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadaplah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
Akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang
dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya
isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
Dia yang membantu makan minum kita
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan
sedikit karenahnya ? “


(iv) Hmmm

Marilah sama-sama kita tabur
secubit salji
Pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
Kisah perpisahan ,
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kita pertahankan bersama si dia
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri
rumahtangga kita

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad
hari lahir isteri
Atau kad ulangtahun perkahwinan
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…..
Atau kau pahatkan saja dihalaman hatimu
Pada malam nanti :


Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri
Janji yang termeterai
Di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa : rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya

Isteri….
tidak kutagih setia, sesetia Hawa
atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
Di sudut tersuci di dalam hatimu……
Seorang isteri.

by putery_napier

1 comment: